Syair
Syair merupakan sejenis puisi
berlagu. Ia berasal dari Parsi dan telah dibawa
masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Syair telah
diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik ketika itu. Namun
begitu, A. Teeuw berpendapat bahawa syair merupakan puisi Melayu lama yang
telah sedia wujud tetapi namanya telah ditukar.
Terdapat
bukti bahawa bentuk syair itu sendiri telah wujud sebelum kejatuhan Kerajaan
Melaka, sebagaimana yang tersurat dalam kata-kata yang tertulis pada sebuah
batu nisan tua yang telah dijumpai di Minye Tujuh, Acheh,
bertarikh kira-kira pada T.M. 1380 itu, ialah berbentuk
syair; begitu juga hasil-hasil sastera yang berbentuk syair bait, seloka,
gurindam, istimewa pula pantun, harus telah sedia diketahui oleh orang Melayu
sebelum zaman kejatuhan Melaka atau pun tatkala
buku Sejarah Melayu
dikarang; buktinya boleh dipastikan dalam kisah "Meminang Puteri Gunung
Ledang" di dalam buku Sejarah Melayu itu, yang menyebutkan demikian
"…….segala burung di dalam
taman itu pun berbunyi, pelbagai bunyinya, ada yang seperti orang bersiul, ada
yang seperti orang berbangsi, ada yang seperti orang bersyair, ada yang
seperti orang berbait, ada yang seperti orang berseloka, ada yang seperti
orang bergurindam "
Syed
Naquib al-Attas berpendapat bahawa syair dicipta oleh Hamzah Fansuri sendiri selepas kedatangan
Islam iaitu pada tahun 600 Masihi. Za'aba pula mendakwa
bahawa syair berasal daripada perkataan "syir" yang membawa maksud
perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan
pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik.
Syair
disampaikan dalam bentuk rangkap dan menjadi kegemaran masyarakat Melayu lama.
Syair tidak mempunyai pemilik atau penulis yang khusus. Syair dianggap milik
bersama oleh masyarakat Melayu lama. Hamzah Fansuri telah menghasilkan syair
yang lebih bersifat Melayu dan menyebabkan syair Melayu sudah menyimpang
daripada bentuk syair Arab.
Ciri-ciri syair :
- terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap).
- syair tidak mempunyai pembayang maksud (berbeza dengan pantun).
- setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu. Sebuah syair biasanya menceritakan suatu kisah.
- bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama iaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam satu baris.
Syair
boleh terdiri daripada syair romantik, syair sejarah, syair ibarat dan juga
syair keagamaan.
Contoh
Syair
Seri Negeri gelaran
diberi
Sebuah pulau cantik berseri
Bernaung dibawah sebuah negeri
Raja berdaulat Paduka Seri
Lautnya biru pantainya indah
Makam Mahsuri lagenda sejarah
Puteri Melayu tak mudah menyerah
Tujuh keturunan dimakan sumpah
Pulau lagenda dimakan sumpah
Tujuh keturunan tamatlah sudah
Kini makmur melimpah ruah
Semua penghuni tersenyum megah
Sebuah pulau cantik berseri
Bernaung dibawah sebuah negeri
Raja berdaulat Paduka Seri
Lautnya biru pantainya indah
Makam Mahsuri lagenda sejarah
Puteri Melayu tak mudah menyerah
Tujuh keturunan dimakan sumpah
Pulau lagenda dimakan sumpah
Tujuh keturunan tamatlah sudah
Kini makmur melimpah ruah
Semua penghuni tersenyum megah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan