Teromba
Teromba
terkenal dalam orang Minang
yang kuat berpegang kepada adat Perpatih.
Teromba juga dikenali dengan nama-nama seperti terasul, tambo,
dan salasilah. Sesebuah teromba lazimnya mengungkapkan gagasan pemikiran
yang tinggi berkenaan peraturan, nilai, adat, dan hukum-hukum hidup
bermasyarakat.
Terdapat banyak pengertian teromba; ada yang
menyatakan bahawa teromba sebagai perbilang adat, undang-undang yang tetap dan
kata-kata adat. Dari segi bentuk, teromba
berbentuk bebas. Jumlah baris dalam setiap rangkapnya tidak tetap, manakala
rima akhir setiap baris pula tidak sama. Di dalam sebuah teromba disisipkan
dengan beberapa jenis puisi tradisional lain, seperti pantun, gurindam, dan peribahasa. Contoh teromba adalah seperti
berikut:
Merisik dalam adat istiadat
perkahwinan
Adalah saya bak kata orang,
kok ibarat umur baru bertukar muda,
pendapatan pun belum ada,
pandangan pun belum banyak,
pengalaman pun belum jauh,
kok darah belum setampuk pinang,
kok jalan kurang pasa,
kalau begitu kedatangan saya ini,
ibarat pergi ke huma,
singkap daun ambil buah,
adapun kedatangan saya ini sama-sama
faham,
orang ke awak, awak ke orang,
semenda bersemenda,
kok ibarat dasar pusaka,
kok segar disiram,
kok putus kata di pangkal,
putus dengan dibagi,
duduk berperuntungan,
mati hukum Allah,
duduklah pula sepelarasan,
pandangan memandang satu nan lain,
iaitu bersuku-suku,
berapalah sukunya dua belas,
dua belas Muar dua belas Jempol,
enam Teraci enam Gunung Pasir,
kok selaman sepermainan,
kok sejamban seperulangan,
tak dek hukum tak mengambil,
diharuskan pula semenda-menyenda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan