Peribahasa Berangkap
Peribahasa
tergolong dalam jenis puisi warisan Melayu dan sangat banyak ditemui dalam
kesusasteraan Melayu tradisional. Peribahasa juga disebut dengan nama peribahasa berirama dan mempunyai
beberapa variasi seperti bidalan,
pepatah-petitih, perbilangan, perumpamaan, lidah pendeta, kias ibarat, dan tamsil.
Dari segi bentuk, peribahasa berangkap terbina dalam dua keratan yang sejajar,
baik dalam dalam sebaris atau lebih. Tidak sebagaimana pantun, baris-baris
dalam peribahasa tidak berkaitan antara satu sama lain.
Peranan peribahasa dalam majlis-majlis rasmi
mahupun dalam kehidupan seharian mereka adalah sebahagian daripada budaya
Melayu yang sopan walau semasa menegur, menyindir atau mengkritik secara halus.
Peribahasa juga berfungsi sebagai alat kawalan sosial dan pemantapan sesuatu
sistem sosial dalam kemasyarakatannya dan media yang mempamerkan kebijaksanaan
penutur atau pewarisnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan