Selamat Datang

SELAMAT DATANG KE RIEZERZ.BLOGSPOT.COM. SEMOGA ILMU YANG DIPEROLEHI DAPAT DIMANFAAT BERSAMA.....

Isnin, 6 Ogos 2012

Tatabahasa - Kata Nama


KATA NAMA

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTI NAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.

a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan


Nama Betul

Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.

Nama Am

Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.


 Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dan lain-lain
 binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dan lain-lain
 tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dan lain-lain
 benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dan lain-lain
 tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dan lain-lain


Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.

Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
 Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
 Pada akhir ayat
 Gajah itu berbadan besar.
 Pada awal ayat
 
Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.

Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a)    benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b)    orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c)     binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d)    tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
 manusia
 Zaidi, Mei Fong,
 Subramaniam
 binatang
 Tompok (kucing),
 Jalak (ayam)
 tempat
 Muar (daerah),
 Seremban (bandar),
 Jepun (negara)
 bangunan
 Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),
 Menara Tun Razak (pejabat)
 judul buku
 Keluarga (majalah),
 Rentong (novel),
 Kamus Dewan ( buku)
 benda
 Proton Perdana(kereta), 
 Pilot (pen), Seiko (jam)

Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

 Kegunaan
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
 Benda
 bangunan
 kereta
 buku
 sekolah
 Bangunan Tabung Haji
 Proton Saga
 Bahasa Melayu
 S.K. Darau
 Orang
 doktor
 kerani
 guru
 budak lelaki
 Doktor Efendi
 Puan Zainun
 Cikgu Azmi
 Muhamad Fauzi
 Binatang
 kucing
 lembu
 katak
 ayam
 burung
 Si Tompok
 Lembu Sapi
 Katak Puru
 Ayam Belanda
 Burung Murai
 Tempat
 negeri
 bandar
 kampung
 tasik
 Terengganu
 Jerteh
 Kampung Pasir Akar
 Tasik Perdana
 Tumbuhan
 pisang
 cili
 jambu
 limau
 Pisang Emas
 Cili Padi
 Jambu Batu
 Limau Kasturi

Kata nama Terbitan

Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
          di awal kata ( awalan )
          di akhir kata ( akhiran )
          di awal dan di akhir kata ( apitan )

Sila teliti contoh-contoh imbuhan  :
 di awal kata
 pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
 di akhir kata
 -ita, -man, -wati, -an, dan -wan
 di awal dan di akhir kata
 per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, 
 pe- -an, dan ke- -an

Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-
Kelas Kata
Kata Dasar
Kata Terbitan
 kata kerja
 peraga
 latih
 bawa
 lawan
 peragawati
 latihan
 pembawaan
 perlawanan
 kata sendi
 oleh
 untuk
 perolehan
 peruntukan
 kata nama
 lombong
 rumah
 guru
 perlombongan
 perumahan
 perguruan
 kata adjektif
 cantik
 besar
 tinggi
 kecantikan
 pembesar
 ketinggian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan