Kata Kerja
Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif (
Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif (
Perbuatan tidak Melampau )
A. Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja Transitf ialah segala
perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena
oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
2. Ayat ini mesti ada penyambutnya (
objek )
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai
imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya
mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai
oleh objek, iaitu kata nama.
Contohnya: Atan mendengar radio.
mendengar ialah kata kerja transitif
radio ialah objek (kata nama)
Kata kerja transitif menggunakan
imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.
Contohnya:
Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap seekor
burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.
Dalam ayat pertama kucing ialah
pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang
kena buat atau penyambut.
Dalam ayat kedua perempuan ialah
pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau
penyambut.
Dalam ayat ketiga bapa ialah
pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat
atau penyambut.
(a)
Pak Abu menjala ikan.
(b) Orang
ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c)
"Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua
kampung.
(d) Jangan
suka memperdaya orang yang bodoh.
(e)
Untuk memperbaiki mutu lakonan anda perlu selalu berlatih.
(f)
Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.
Subjek ( pembuat )
|
Kata kerja transitif
|
penyambut ( Objek )
|
Dia suka
|
membaca
|
buku
|
Jamilah
|
memukul
|
seekor ular
|
Abidin
|
menjual
|
kuih-muih
|
Ramli
|
berjalan
|
ke sekolah
|
Kereta itu
|
melanggar
|
seekor lembu
|
B. Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah
segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat
itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai
penyambut.
Contohnya ::
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya
semalam.
Dalam ayat pertama mereka melakukan
berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua anjing melakukan
tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga hujan melakukan
turun, tidak kepada benda lain.
Subjek ( pembuat )
|
Kata kerja tak Transitif
|
keterangan
|
Kami
|
mandi
|
di tasik itu.
|
Dia
|
senyum
|
semasa berjalan
|
Saya
|
menyanyi
|
dengan kuat
|
Hassan
|
berjalan
|
ke sekolah
|
Kata Kerja Tak Transitif
1.
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam
ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
2.
Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan
ber, men, ter, ber... an, dan ber...kan.
Contohnya: (a) Ravi belum datang
lagi. (b) Murid-murid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.
Peringatan
Tiap-tiap kata kerja tak transitif
boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’ di
hujungnya.
Contoh ayat:
1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang
dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini
dengan ucapan salam.
Kata Kerja Pasif
1.
Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif
tetapi yang tidak berawalan men.
Contohnya: angkat, atasi, berikan,
percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
2.
Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata
kerja pasif diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga
3.
Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-.
Contohnya: kuangkat, kuatasi,
kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
4.
Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.
Contohnya: kauangkat, kauatasi,
kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.
5
Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.
Contohnya: diangkat, diatasi,
diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan