Kata Ganti Nama
Perkataan Ganti Nama ialah perkataan
yang menggantikan perkataan NAMA.
Perkataan Gantinama ini dibahagikan
kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama
Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.
Kata ganti diri ialah kata yang
digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
Kata ganti diri terdiri daripada:
(a)kata ganti diri (pertama, kedua,
dan ketiga);
(b)kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.
Gantinama Diri
Kata Ganti Diri Pertama
1.
Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang
yang bercakap.
2.
Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan
yang berbentuk jamak.
Kata Ganti Diri
Pertama |
Penggunaannya
|
aku (tunggal)
|
digunakan apabila bercakap
dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
|
saya (tunggal)
|
digunakan apabila bercakap
dengan seseorang yang baharu dikenal
atau dalam suasana rasmi
|
hamba (tunggal)
|
digunakan pada diri sendiri pada
zaman dahulu
|
patik (tunggal)
|
digunakan oleh rakyat apabila
bercakap dengan raja atau sultan
|
beta (tunggal)
|
digunakan oleh raja atau sultan
apabila bertitah kepada rakyat
|
kami (jamak)
|
digunakan kepada diri orang yang
berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua
|
kita (jamak)
|
digunakan kepada diri sendiri dan
menyertakan diri orang kedua
|
Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak
Bentuk
|
Contoh
Kata Nama Diri Pertama
|
tunggal
|
beta, patik, aku, saya
|
jamak
|
kita, kami, kita orang
|
Kata Ganti Nama Diri Kedua
Kata ganti diri kedua digunakan
ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan
kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :
Bentuk
|
Contoh
Kata Ganti Diri Kedua
|
Tunggal
|
tuanku, wak, kamu, anda, engkau
|
Jamak
|
kalian
|
Kata Ganti Diri
Kedua |
Penggunaannya
|
anda (tunggal)
|
digunakan untuk diri orang kedua
apabila tidak berhadapan dengan kita
|
awak (tunggal)
|
digunakan untuk diri orang kedua
yang rapat hubungannya dengan kita
|
engkau (tunggal)
|
digunakan untuk diri orang kedua
yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga
|
tuanku (tunggal)
|
digunakan apabila bercakap dengan
sultan dan raja
|
kalian (jamak)
|
digunakan untuk beberapa orang
yang diajak bercakap
|
kamu (tunggal dan jamak)
|
digunakan untuk diri orang kedua
yang rapat hubungannya dengan kita
|
Ayat yang menggunakan kata ganti
diri kedua :
1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca
soalan dengan teliti.
5. Tunku akan bersiram sekejap lagi.
Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Kata ganti diri ketiga ialah bagi
merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti
mereka, beliau, baginda hendaklah
digunakan.
Kata ganti diri ketiga boleh
dipecahkan kepada dua bentuk.
Bentuk
|
Contoh
Kata Ganti Diri Ketiga
|
tunggal
|
ia, dia, beliau, baginda
|
jamak
|
mereka
|
Kata Ganti Diri Ketiga
|
Penggunaannya
|
baginda (tunggal)
|
digunakan untuk raja dan sultan
|
beliau (tunggal
|
digunakan untuk orang yang kita
hormati, misalnya
ibu bapa, guru, dan pemimpin
|
dia dan ia (tunggal)
|
digunakan untuk orang yang umum
seperti orang biasa dan rakan
|
mereka (jamak)
|
digunakan untuk orang yang
bilangannya lebih daripada seorang
|
Contoh ayat yang menggunakan kata
ganti diri ketiga.
1. Dia pegawai pendidikan
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk
di situ.
4. Dia diburu oleh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas
singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.
7 "Sekiranya tiada halangan, kita
akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara.
8 "Sertailah peraduan ini. Anda
berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara itu.
9 Wakil rakyat akan merasmikan
mesyuarat itu dua jam lagi.
10 "Tunggu di sini. Biar
kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut-pengikutnya.
Ringkasan
Kata
Ganti Nama Diri
|
Tunggal
|
Bilangan
Banyak / Jamak
|
Diri Pertama
( Orang yang bercakap )
|
aku
saya
patik
hamba
|
kami
kita
|
Diri Kedua
( Orang yang dilawan bercakap )
|
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
|
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian
|
Diri Ketiga
( Orang yang diceritakan halnya)
|
dia
ia
nya
beliau
baginda
|
mereka
|
Kata Ganti Tanya
1. Kata ganti tanya ialah perbuatan
untuk menggantikan nama benda, orang, tempat,
masa, bilangan dan hal dengan maksud
pertanyaan.
2. Kata ganti nama pertanyaan
ditambah “kah” dan tanda soal.
3. Digunakan untuk membentuk
ayat-ayat tanya.
Benda
|
Orang
|
Tempat
|
Masa
|
Hal
|
Bilangan
|
|
apakah
|
siapakah
|
manakah
|
bilakah
|
bagaimanakah
kenapakah
mengapakah
|
berapakah
|
|
Kata
Ganti Nama
|
Penggunaannya
|
|||||
apa
|
digunakan untuk menanyakan nama
benda atau bilangan
|
|||||
siapa
|
digunakan untuk menanyakan orang
atau nama orang
|
|||||
mana
|
digunakan untuk menanyakan orang,
binatang, benda, dan tempat
|
|||||
Contoh ayat
1. Bilakah engkau pergi ke bandar ?
2. Mengapakah kamu tidak datang
semalam ?
3. Murid-murid di dewan itu berapa
orang ?
4. Nama pokok itu apa ?
5. Pemuda kacak itu siapa ?
Kata Ganti Tempat
1. Kata ganti tempat digunakan untuk
mengganti nama tempat.
2. Contoh kata ganti tempat dan
penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata
Ganti Tempat
|
Penggunaannya
|
sana
|
digunakan untuk tempat yang
dianggap jauh
|
sini
|
digunakan untuk tempat yang dekat
dengan orang
yang bercakap
|
situ
|
digunakan untuk tempat yang agak
jauh, tetapi tidak
sejauh sana
|
Benda, orang,
binatang
|
ini, itu
|
Tempat
|
sini
( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur)
sana
( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh)
situ
( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)
|
Keadaan
|
begini, begitu, demikian
|
Contoh ayat :
1. Ini langsat.
2. Itu kucing.
3. Pokok itu rendah sahaja.
4. Kereta Proton Wira ini cantik.
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud
daripada penggandaan kata ganti tanya
seperti apa, siapa, dan mana.
Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa.
Kata ganti umum ini digunakan dalam
ayat penyata dan ayat perintah sahaja.
1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu
atau seseorang secara tidak tentu
2. Contoh kata ganti tak tentu serta
penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
|
Ayat-ayat
contoh
|
|
Apa-apa
|
1. Entah apa-apa yang dibawanya
2. Azman tidak berkata apa-apa
setelah dimarahi gurunya.
|
|
Siapa-siapa
|
1. Tidak ada siapa-siapa dalam
bangunan itu.
2. Siapa-siapa saja boleh menyaksikan
pertunjukan itu.
|
|
Mana-mana
|
1. Jangan ke mana-mana , duduklah
di sini sahaja.
2. Pilihlah mana-mana pakaian yang
awak suka.
|
|
Kata Ganti Tak Tentu
sapa-sapa
mana-mana,
masing-masing,
seseorang,dan
sesuatu
siapa-siapa
atau sesiapa
|
Penggunaannya
digunakan untuk benda atau hal
yang tidak tentu
digunakan untuk tempat atau benda
yang tidak tentu
digunakan untuk menggantikan orang
yang tidak tentu
|
|
Kata Ganti Nama Penunjuk
Perkataan yang digunakan untuk
menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara.
1. Kata itu dan ini disebut
sebagai kata ganti tunjuk
2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah
sebagai:
(a) subjek dan letaknya
di depan kata nama. Contohnya:
i. Ini komputer.
ii. Itu
rumah Sally.
(b) penentu dan letaknya di
belakang kata nama. Contohnya:
i. Kotak ini berat.
ii. Saya belajar di sekolah itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan